Wednesday, March 25, 2009

Biskut Radix


Diadun bersama tepung gandum, lelemak sayuran, gula, marjerin dan tepung jagung. Sesuai dibawa bersendirian atau bersama keluarga dimana dan pada bila-bila masa. Radix Cookies seberat 210 gram ini dibungkus dan terdapat di dalamnya dua keping dalam setiap balutan amat sesuai dibawa ke mana jua terutama bagi perjalanan jauh tanpa perlu risau ianya mudah rosak atau tercemar. Sangat sesuai bagi seisi keluarga dan boleh dimakan bersama Kopi Radix.

Biskut Radix ini diadun bersama tujuh jenis herba seperti yang terdapat di dalam Kopi Radix iaitu Tongkat Ali, Teja Lawang, Tebu Gajah, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Larak Hutan dan Halban. Ia menjadikan Biskut Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan.

Sinergikan Radix Cookies dengan Kopi Radix, ia akan memberikan kesan berikut:

  • Makanan terbaik bagi orang yang sihat
  • Makanan pilihan bagi orang yang sakit
  • Baik untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan
  • Kecergasan untuk anak-anak dan menguatkan otot
  • Pemberi tenaga segera
  • Baik untuk ibu lepas bersalin

Harga Jualan: Semenanjung Malaysia RM 5.50

Berat: 210 gram

Tuesday, March 24, 2009

Coscinium


Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah 'allergy' atau alahan terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi. Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan. Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai 'Direction Of Cure'. Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Coscinumm Blumeanum 2. Nepenthe Spp 3. Rusiga Spp

Dos :
Umur bawah 8 tahun amalkan 1 kapsul. Boleh dibuka kapsul dan dimasukkan ke dalam air atau susu. Umur 9 hingga 18 tahun amalkan 2 kapsul malam dan 1 kapsul pagi. Minum bersama Teh Herba. Alahan yang kronik boleh diambil bersama Madu Asli. Untuk buasir diambil bersama Ficus dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Vitex


Vitex berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan menjadikan normal. Tanda-tanda awal hipertensi dapat diketahui seperti berikut; sakit bahagian kepala, mata merah dan berair, kesemutan di kaki dan tangan, terasa sakit dan tegang di bahagian tengkuk. Sekiranya tidak diatasi dari awal maka penderita akan menghadapi masalah berikut; stroke atau lumpuh pada kaki dan tangan, rabun hingga mengakibatkan buta, pecah di bahagian pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf, dan lumpuh, lemah jantung, ginjal menjadi rosak dan gagal berfungsi.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Vitex Pubscens
3. Micromelum Pubscens
4. Tinospora Crispa
5. Physalis Minima

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada malam. Amat baik diambil bersama Teh Herba dan Pelawas.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Plantisol


Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-
1. Kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.
Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghdapai masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Barrintoga Racemosa
2. Pithecellobium Jiringa
3. Tetra Indica
4. Tinospora Crispa
5. Andrographis Paniculata

Dos :
Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

kopi radix menang anugerah PM


SERDANG 12 Ogos - Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan. Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'. Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.

Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.
''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.

Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.
HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Ardisia


Produk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit Ghout dan Athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing. Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah tinggi.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Carica Papaya.
3. Morinda Eliptica
4. Micromelum Longifolia
5. Cinamomum Iners.

Dos :
Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam. Amalkan bersama Teh Herba dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Malac


Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi sebagai anti hipertensi (turunkan tekanan darah) dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, penyakit epilipsi (sawan), infeksi saluran kencing, demam campak, dan gout. Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Mereka yang menderita kerosakan pada ginjal dicadangkan mengamalkan Malac bersama Herba rebusan Alac. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Ficus


Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi. Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa
2. Ipomea Reptans

Dos :
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Shark Cartilage Plus


Produk yang menggunakan rawan dari ikan yu ini telah terbukti untuk mengubati pelbagai jenis kanser seperti berikut:-

1. Kanser usus.
2. Kanser hati dan paru-paru
3. Kanser payu dara.
4. Kanser prostat.
5. Kanser ovari.
6. Tumor di kepala.

Satu kajian telah dilakukan di sebuah hospital di Mexico terhadap 8 pengidap kanser yang gagal dengan kaedah perawatan moden dan tiada harapan untuk hidup menunjukkan 5 daripadanya sembuh sepenuhnya, 2 daripadanya sembuh 80% dan 1 tiada perubahan. Begitu juga dengan satu kajian di Belgium yang dilakukan pada tikus putih menunjukkan rawan ikan yu dapat menghentikan secara total pertumbuhan sel kanser. Di Amerika Syarikat, rawan ikan yu dijadikan makanan dan minuman kepada para pengidap kanser di hospital dengan tujuan membantu pengubatan dan mencegah daripada berlakunya pertumbuhan sel tumor dalam badan. Selain itu, Shark Cartilage Plus juga amat baik untuk penyakit-penyakit seperti berikut:-
1. Psoriasis.
2. Eksema.
3. Athritis.
4. Masalah kulit gatal, kudis, dan pecah.
5. Penyakit lemah jantung.
6. Asma.
7. Tuberculosis atau Batuk kering.
Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Rawan Ikan Jerung 2. Herba terpilih.

Dos :
Bergantung kepada kadar berat badan.

Harga :
Semenanjung : RM70
Sabah/Sarawak : RM78

Bedak2 HPA


BEDAK AWANA
Bedak awet wajah ini di dapati di dalam bentuk ‘powder’ dan ianya diadun bersama dengan bedak sejuk dan sejenis tumbuhan Kayu Sepang (Caesaipinia spp) yang dapat menanggalkan kulit-kulit yang mati pada muka.Sel-sel kulit muka akan mati dalam tempoh 1 minggu. Jika lapisan yang mati ini tidak ditanggalkan, kulit muka akan di dapati tidak berseri dan nampak tua. Proses membuang sel-sel mati inilah yang melambatkan ketuaan ini. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan seperti penggunaan ‘musk’ pada muka atau seperti bedak sejuk. Bedak Awana ini tidak boleh digunakan oleh mereka yang ada jerawat.

BEDAK DELIMA
Bedak ini merupakan persediaan herba untuk menghilangkan penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal badan, kudis, makan air dan lain-lain. Bedak ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica), Punica Granatum, Oryza Sativa dan Delima (Jasminum Sambac). Bedak Deliam ini perlu dicampurkan denagn air dan disapu pada tempat yang terkena jangkitan kulit. Jika tempat yang terkena jangkitan itu berair, maka penggunaan bedak ini tidak perlu dicampur air. Untuk mendapatkan kesan yang maksima sila ambil bersama Coscinium Plus, Herba Tuju Angin dan Teh Herba sebagai amalan pemakanan harian. Hampas Teh Herba boleh digunakan sebagai sampingan.

BEDAK JASMIN
Bedak ini telah diadunkan dengan tumbuhan ubatan Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa) dari famili Urticaceae. Bahan aktif dalam tumbuhan ini benar-benar dapat mengecutkan jerawat dan menghilangkannya. Bedak ini perlu dicampurkan bersama air dan digunakan sebagai 'musk' selama 1 jam. Selepas dibilas dengan air suam dan diwapkan, gunakan bedak ini seperti penggunaan bedak sejuk dan biarkan semalaman.Untuk mempercepatkan proses pemulihan amalkan bersama Coscinium Plus, Teh Herba dan Madu Asli.

BEDAK TOMPOK HITAM
Menghilangkan tompok hitam bukanlah satu perkara yang mudah. HPA yang membuat kajian terhadap penyakit ini telah menemukan sejenis tumbuhan yang mujarab iaitu Ubi Gadung. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan secara 'musk' atau seperti penggunaan bedak sejuk. Ia perlu diamalkan berterusan sehingga hilang tompok hitam tersebut. Untuk mempercepatkan kesembuhan, sila gunakan bersama Coscinium Plus, Teh Herba, Minyak Pati Sepang dan Bedak Awana.

Komposisi (50 gram per botol) :
Bedak Awana : Kayu Sepang (Caesaipinia spp)
Bedak Delima : Pegaga, Punica Granatum, Oryza Sativa, Delima
Bedak Jasmin : Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa)
Bedak Tompok Hitam : Ubi Gadung

Harga :
Semenanjung : RM10 per botol
Sabah/Sarawak : RM12.50 per botol

Herba Keputihan


Keputihan atau Leukorhea adalah sejenis penyakit yang dihidapi pada faraj wanita. Ia berbentuk lendir berwarna putih yang berbau busuk dan akan mengakibatkan gatal. Wanita yang menghadapi masalah ini akan menunjukkan tanda-tanda pucat pada wajahnya dan sering mengalami keletihan. Emosi wanita tersebut akan mudah terganggu. Keputihan juga akan mengakibatkan rahim wanta tersebut menjadi kendur dan sekaligus menurunkan keinginan nafsu seks.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Melastoma Malabathricum

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada waktu pagi. Amat baik jika disinergikan dengan Health B atau Teh Herba.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Herba Senggugut


Keadaan haid yang tidak menentu serta terasa sakit sering dihidapi oleh para wanita. Herba Senggugut amat sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah ini dan juga bagi wanita yang gagal untuk mengandung. Herba Senggugut dapat bertindak menyuburkan hormon astrogen yang diperlukan oleh para wanita.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Hibiscus Rosasinensis
2. Vitex Pubscens

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Paramaria Plus


Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.

Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + HealthB
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut

Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tanggaKomposisi (75 Kapsul per botol) :1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners

Dos :
Wanita antara 15 - 20 tahun 3 kapsul sehari. Wanita sesudah kahwin 8 kapsul sehari. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

Barut Berherba


Barut yang mengandungi herba-herba terpilih digunakan untuk tujuan seperti berikut:-
1. Untuk ibu lepas bersalin. Barut ini bertindak untuk mengempiskan dan mengembalikan bentuk badan yang asal.
2. Membantu mengecutkan saluran peranakan dan mengekalkan kewanitaan.
3. Memulihkan tenaga selepas bersalin.
4. Melancarkan perjalanan darah.
5. Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut.

Harga :
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM35

Set Bersalin


SET BERSALIN - 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak. 3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (4 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Harga :
Semenanjung : RM85
Sabah/Sarawak : RM95

Lady Cheer


LADY CHEER - PEMBERSIH KHAS UNTUK WANITA
Rumusan istimewa daripada ekstrak SIREH dan MANJAKANI bertindak membersih bahagian kewanitaan anda secara semulajadi agar lebih segar, harum dan yakin sepanjang hari.

Kelebihan Produk :
1. Merawat keputihan
2. Merawat kegatalan pada bahagian vagina
3. Melancarkan perjalanan haid
4. Penyubur kandungan wanita
5. Mengecut dan merawat kembali vagina

Kelebihan Herba :
Sireh (Piper betel)
1. Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan.
2. Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam.
3. Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita.

Manjakani (Croton caudatum)
1. Sebagai elemen perawat dinding vagina.
2. Membuang lendir dan partikal asing pada vagina.
3. Menstabilkan pH vagina.
4. Mengecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan.
5. Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis.

Serapat (Parameria laevigata)
1. Merawat saluran peranakan dengan mengimbangi pH serta keasidan vagina

Dengan beberapa titis sahaja anda akan merasai perbezaannya. Mulai hari anda sebagai wanita anggun penuh keyakinan!!!

Harga :
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21

Teh Herba

Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mangandungi antioksida (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi. Kelebihan Teh Herba:-
1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.

Komposisi (35 uncang per kotak) :
Hydrocotyle Asiatica

Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.

Teh Asiatica Plus

Produk ini menggunakan 2 jenis pegaga iaitu Hydrocotyle Asiatica dan Hydrocotyle Sibthorpiodes berfungsi sebagai pembakar lemak khusus kepada mereka yang ingin menurunkan berta badan. Kelebihan Teh Asiatica adalah seperti berikut:-
1. Menurunkan kadar kolesterol dan menghancurkan lemak dalam badan serta mampu menormalkan tekanan darah.
2. Membuang toksid dalam tubuh.
3. Memecahkan batu karang jika diminum bersama Malac dan Madu Asli.
4. Mengencangkan otot yang kendur (Sapukan penyakit But-But pada bahagian tersebut).
5. Mengatasi masalah anak yang mengalami kembung perut jika diambil bersama Madu Asli.
7. Meningkatkan kecergasan dan pengembangan otak.
8. Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
9. Mengatasi migrain.
10. Mengatasi Asidosis dan Diverculata.
11. Mengatasi masalah peradangan sendi.
12. Mengatasi ghout.

Komposisi (35 uncang per kotak) :
1. Hydrocotyle Asiatica
2. Hydrocotyle Sibthorpiodes

Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari. 1 uncang menghasilkan 3 gelas. Gunakan air panas (60 celcius). Jangan gunakan air mendidih kerana ia akan memusnahkan klorofil.

Kordial Pegaga


Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi. Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas. Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain minuman seharian. Ia juga bertindak sebagai penawar kepada masalah berikut:-
1. Batuk
2. Buasir
3. Demam
4. Kelesuan
5. Batu Karang

Komposisi (1 Liter per botol) :
Jus Centella Asiatica, Dextrox, Sukros, Penstabil, Pewarna dan pengawet yang dibenarkan.

Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan satu bahagian pati dengan 3 bahagian air mengikut rasa.
Batuk - 1 sudu besar tanpa air
Buasir - 2 sudu besar tanpa air
Demam - Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh
Batu Karang - Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.

Harga :
Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18

Kordial Roselle



Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Kelebihan pengambilan kordial Roselle ini ialah:
1. Anti Penuaan
2. Pencegah penyakit kardiovaskular
3. Pencegah kanser
4. Demam panas/selesema
5. Resdung (alahan) dan Asma
6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)

Komposisi (1 Liter per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan.

Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan 1 bahagian pati dengan 4 bahagian air mengikut rasa.

Harga :
Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18

Evergreen Centella



Makanan Kesihatan Abad Ini!!!
Misteri Penghuni Lembah Hunza. Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!

Evergreen Centella : Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA) EC yang mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.

Evergreen Centella : Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.

Evergreen Centella : Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).

Evergreen Centella : Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.

Evergreen Centella : Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamlkannya.

Evergreen Centella : Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).

Komposisi :
Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.

Harga :
Semenanjung : RM55
Sabah/Sarawak : RM65

Madu HPA


Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya ynag tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.
Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; " Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : "Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir". Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang. Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut. Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :
Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :
Sinergikan dengan:-
1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.
2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.
3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy).
4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.
5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Harga :
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM27

Radix Cola n Sarsi


Radix Cola adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa cola yang sebenar. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia. Radix Cola yang memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik. Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Fakta Nutrisi Radix Cola:

fakta-radix-cola.png

Berat : 1.5 L
Harga Ahli : RM 3.30 (SM) RM3.50 (SS)
Harga Jualan : RM 3.50 (SM) RM 3.60 (SS)


RADIX SARSI adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya di samping rasa sarsi (perasa yang berasal daripada pokok sarsaparilla, Smilax regelii). Kandungan flavonoid dalam S. regelii menunjukkan aktiviti keimunan positif dan perlindungan pada organ hati. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberi alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia.

Fakta Nutrisi Radix Sarsi:

fakta-radix-sarsi.png

Cara Pemakanan : Boleh di minum bila - bila masa
Berat : 1.5 L
Harga Ahli : RM 3.30 (SM) RM 3.50 (SS)
Harga Jualan : RM 3.50 (SM) RM 3.80 (SS)

Pelawas


Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang mneghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid hempedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah. Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar). Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Ipmea Reptans

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.

Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

HPA Industries Sdn Bhd

HPA Industries Sdn. Bhd. diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim yang begitu komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan HALAL dan produk kegunaan harian. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing (MLM) yang menepati kehendak syarak.

Syarikat ini telah mula diasaskan pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis dan di Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. Yang terkini ada sebuah lagi kilang baru yang beroperasi di Gandul, Jakarta Indonesia. Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 200 orang.

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.

Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara. Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

Panel Syari'ah

HPA dengan rasminya telah membentuk Panel Syari'ahnya yang terdiri dari :


  1. USTAZ AHMAD BIN ALI (M.A. USUL FIQH, Universiti al-Azhar. Bekas Pensyarah di UM, UIA dan Universiti Islam Brunei); Pengerusi Panel.

  2. DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)

  3. USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)

  4. USTAZ NIDHO ABDURRAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)

  5. USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)

  6. PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)

  7. USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

  8. USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

  9. USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI'AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH-ALAZHAR, Pengurus Pentadbiran HPA); Setiausaha Panel.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Panel Syariah ini, anda boleh layari laman blog mereka di http://panelsyariah.blogspot.com/
Oleh : Ust. Ahmad Adnan Fadzil

Soalan : Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM : apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

Jawapan :

Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut :
  1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
  2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
  3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

Saling Meredhai

Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

Syarat-syarat bagi akad perniagaan

Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah :

  1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
  2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
  3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
  4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
  5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
  6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu :

  • Membantu kepada perbuatan maksiat
  • Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
  • Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah :

  1. Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
  2. Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
  3. Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah :
  • Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
  • Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
  • Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
  • Mengurangi timbangan
  • Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

Syarat-syarat yuran keahlian

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
  2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
  3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
  4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

Bonus

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah :

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya :

  1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
  2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
  3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut :

  1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
  2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
  3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
  4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid”

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah :

  1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
  2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
  3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
  4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
  5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
  6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan. (Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk :

  • Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
  • Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak. Wallahu A’lam.

Rujukan :

  1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
  2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
  3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
  4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
  5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
  6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
  7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
  8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

Minyak Pati Sepang ini menggunakan ramuan Kayu Sepang tanpa sebarang adunan bahan kimia moden. Ia dirumus khas untuk perawatan kulit muka terutamanya bagi menghilangkan tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka. Antara keistimewaan Minyak Pati Sepang ialah:-
1. Menanggalkan dan membuang sel-sel kulit yang telah mati pada lapisan kulit agar tidak terkumpul.
2. Mengelakkan terjadinya jerawat akibat daripada penebalan kulit dan penyumbatan liang-liang kulit.
3. Membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang kulit.
4. Sinergikan bersama Bedak Awana atau Tompok Hitam atau Jasmin sebagai butiran kasar yang dicampur untuk tujuan scrub.
5. Menghaluskan permukaan kulit.
6. Merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan masih segar.

Komposisi (75 ml per botol) :
Kayu Sepang

Dos :
Campurkan Minyak Pati Sepang dengan Bedak Awana menjadi 'Cleanser', oleskan ke bahagian muka dan biarkan selama 2 jam. Bersihkan dengan menggunakan kapas kecantikan atau sabun khusus untuk wajah. Lakukan setiap malam menjelang tidur, dalam seminggu, InsyaAllah wajah anda menjadi putih, bersih, kencang dan berseri. Untuk memperolehi hasil yang lebih cepat, ambil Paramaria Plus, pagi 2 kapsul malam 2 kapsul.

Harga :
Semenanjung : RM10
Sabah/Sarawak : RM12.50

Sejarah PBC



Kursus PBC atau Perkongsian Bijak Cemerlang ini adalah merupakan kesinambungan daripada program PB yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries pada 2 Disember, 2005. Kursus (3 hari 2 malam) ini diadakan adalah hasil dari cetusan rasa hati Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya; Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM seperti CIKGU MURAD, maka Kursus Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditentukan. Hasil dari program PB yang diadakan sepanjang tahun 2006 di seluruh Malaysia, jualan syarikat telah meningkat dengan ketaranya dan bonus pemimpin dan pengedar yang menghadiri dan menghantar peserta jaringan mereka telah melonjak secara drastik.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan; peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan. Masakini, melalui Kursus PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

Antara modul yang akan diberikan adalah :
  • Kenali Syarikat
  • Asas Plan Pemasaran
  • Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
  • Eagle Eyes Sponsoring
  • Plan Tindakan
  • Teknik Demo Gempur Radix
  • Teknik Demo dan Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan


Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengurus Pemasaran HPA sendiri iaitu En Mohammad Faisol b Abd Rahman dan juga dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

Ayam Organik HPA



Banyak persoalan yang timbul mengenai hukum jika memberi ayam dengan makanan seperti Habbatussauda' dan herba-herba yang lain? Adakah HPA memasang ayat Al-Quran bagi ternakannya? Dan ada juga isu yang timbul mengenai persaingan siapakah paling as-Sunnah dalam penternakan ayamnya? Bagi menjawab segala pertikaian yang timbul tersebut, pihak Panel Syariah HPA perlu menjelaskannya kerana mereka lebih arif dalam bidang ini. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pihak Panel Syariah untuk dikongsikan bersama.

PENJELASAN DARIPADA PANEL SYARIAH HPA

Ayam HPA diberi makan dedak yang diadun khas tanpa sebarang bahan yang haram dan syubhah (serbuk darah, serbuk tulang dan sebagainya) serta tidak dimasukkan bahan-bahan kimia merbahaya dan memudaratkan badan manusia termasuk antibiotik, vaksin, arsenik asid dan sebagainya. Sebagai ganti bahan-bahan merbahaya itu HPA menggunakan bahan-bahan alamiyah termasuk Habbatus-Sauda’ (yang bertindak sebagai antibiotik alternatif), halia dan sebagainya. Untuk ganti serbuk darah dan serbuk tulang pula, HPA menggunakan protien kacang soya, ikan dan sebagainya. Jadi, ayam HPA diberi makan habbatus-sauda’ bukan untuk mengajarnya beramal dengan as-Sunnah, akan tetapi hasil kajian kita mendapati habbatus-sauda’ itu berfungsi sebagai antibiotik yang bukan sahaja sesuai untuk manusia tetapi juga binatang ternakan.

Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya. Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi SAW. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘asal (madu) dan habbatus-sauda’.

Adapun memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran di reban ayam, HPA tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.

Wallahu a’lam.

Senarai Lengkap Produk HPA Industries





Senarai Penuh Produk HPA yang Terkini boleh dilihat di : http://hpa.com.my/produk/produkhpa.htm