Saturday, March 21, 2009

keratan akhbar Metro.....

Metro Ahad, 30 April 2006

“PERUT awak banyak angin yang akan menghimpit dada awak, tetapi bukan sakit jantung. Ia akan menghadirkan ketidakselesaan, sekali gus menyebabkan awak banyak berfikir. Pada masa sama, tengkuk awak juga mempunyai masalah, menyebabkan awak kurang selesa dan sering sit kepala.”

Ini adalah kata-kata Ismail (Pengarah Urusan) apabila meminta untuk melihat tapak tangan penulis. Yang menarik, apa yang diperkatakan beliau tepat sekali.

Menurut Ismail, mengesan penyakit adalah prinsip asas dalam rawatan tradisional yang dipraktikkan sejak zaman berzaman.

“Orang dulu pun sakit juga, tetapi mereka tidak mempunyai peralatan canggih seperti hari ini. Teknik mengesan penyakit mereka cukup mudah, tetapi terbukti berkesan dan usaha memulihkan hanya dengan menggunakan herba tertentu,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail berkata, apa dilakukan HPA bukan baru, tetapi mengembalikan perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif selain rawatan moden yang ada sekarang.

“Kadangkala kita pergi ke hospital tetapi tidak sembuh. Apa salahnya mencuba rawatan alternatif. Kadangkala kita mencuba rawatan alternatif dulu dan jika tidak sembuh baru ke hospital,” katanya.

Sementara itu, konsep digunakan HPA ketika menghasilkan produknya mungkin yang pertama digunakan di Malaysia, iaitu setiap pekerja di kilangnya di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis harus dalam keadaan berwudhuk ketika bekerja.

“Hanya wanita dalam keadaan haid diberi kelonggaran. Tujuan kita bagi memastikan produk dikeluarkan mendapat keberkatan Allah SWT apabila pekerja dalam keadaan bersih,” katanya.

Malah, pengurusan HPA mengambil berat setiap aspek dalam mengeluarkan sesuatu produk bagi memastikan status halal, termasuk membangunkan perniagaan berdasarkan konsep bebas riba.

“Syukur kepada Tuhan, walaupun menggunakan pendekatan Islam 100%, produk kita bukan saja diterima orang Islam tetapi juga bukan Islam, sekali gus membuktikan keberkesanan sesuatu produk menjadi penentu sesuatu produk diterima di pasaran atau tidak.

“Bagaimanapun, sebagai syarikat milik orang Islam dan Bumiputera, menjadi tanggungjawab kita untuk membekalkan kepada mereka yang seagama produk halal dan penerimaan masyarakat bukan Islam adalah satu bonus,” katanya.

Ismail berkata, produk Kopi Radix adalah keluaran HPA yang terlaris membabitkan 50% daripada keseluruhan jualan daripada 85 produk yang dihasilkan syarikat itu sekarang.

“Bagi memastikan umat Islam di negara ini menggunakan produk halal dalam kehidupan seharian mereka, kita akan mengeluarkan 15 lagi produk kosmetik dan kegunaan seharian berasaskan pegaga dan roselle selain herba lain,” katanya.

Pada masa sama, HPA berasa terpanggil untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan sihat, sekali gus bukan hanya menawarkan produk kesihatan, tetapi juga rawatan tradisional dan Islam.

“Antaranya kita berbekam dan akupuntur. Kita juga membuka Kolej Pengubatan Jawi di Sungai Petani bagi membolehkan mereka yang berminat mendalami ilmu pengubatan alternatif,” katanya.

No comments: