Sunday, March 22, 2009

Belajar Bekam

seronok sangat hari ni sebab kitorang dapat belajar dgn lebih terperinci lagi kiropraktik and bekam dgn Makcik N kat umah dia.. masa pegi kursus PBC aritu mmg ustaz radzi ada ajar teknik2 kiropraktik ni, tapi almaklum la blajar ramai2...so, ustaz pun tak leh la nak tumpu. kat PBC ni kira pengenalan teknik2 dan ilmu2 baru le...bagi yang benar2 berminat dan berhasrat untuk menjadikan kiropraktik and bekam ni sebagai salah satu kemahiran diri, boleh la mengikuti kelas2 bekam dan kiropraktik yang diadakan mengikut jadual...boleh belajar bekam dan dibekam sekali...

kelas bekam pun sbenarnya aku dah ikut makcik N pegi hari tu kat komuniti HPA nilai... tapi aku tak pergi pagi2 dgn makcik N, aku pegi sana pun dah kul 3 ptg..so aku ter'miss' la kelas kiropraktik pagi tu. aku pegi ptg pun sebenarnya sbb aku ada kelas kat UPM pagi tu. shuahidi plak ada program kat masjid putra sempena Maulidur Rasul, jadinya pas abis kelas je aku terus g umah pakcik aku (husband makcik N) kat setapak. pakcik aku ni demam tapi nak berbekam kat kelas HPA Nilai yang makcik N aku pegi. so, akulah yang kena drive bwk pakcik n haziqah (anak dia) ke nilai memandangkan pakcik aku ni btol2 tak larat nak bawak kreta... sesampainya je kat sana, sempat la aku blajar sket kaedah2 nak bekam orang nih...tapi teori je la..praktikal aku tak berani lagi.. alhamdulillah arini rezeki aku n shuhai dapat blajar dgn detail... memula cik N kiro aku, pastu aku lak kiro shuhai, ptg cik N suruh aku lak kiro dia... penat jugak kiro orang nih, tapi aku puas sgt sbb dah tau camana nak buat... seronok sgt tau!!!
pas2 tu cik N ajar bekam lak memandangkan aku tak membekam lagi. siapa lagi yg jadik mangsa untuk dibekam kalau bukan badan encik shuhaidi....hehehe!! aku ingat nak masukkan gambar2 masa bekam tuh, tp shuhaidi tak kasik sbb dia kata nnt org lelaki lain jeles tgk badan dia yang 'ketul-ketul' tuh!!! (wekkkkk!)

tapi tujuan sebenar arini sbb cik N nak bagi aku familiar dgn alat2 bekam ni.sbb aku mmg ada hasrat nak jadikan skill membekam ni sumber pendapatan sampingan, atau paling tidak pun aku leh bagi khidmat free pada family aku dan untuk mereka yg betul2 memerlukan rawatan ni tapi tak berkemampuan.. doa'kan semuanya tercapai ye...aminnnnn!

lepas aku bekam badan shuhaidi, cik N suruh aku bekam dia plak...confident je makcik aku nih!! sbb kan dia confident dgn aku, aku plak yg cuak tetiba.....tapi pas buat se'cup', aku lebih relax lg nak teruskan 'cup2' yg seterusnya...

apepun arini byk jugak ilmu baru yg aku dapat walaupun perancangan asal aku dtg umah cik N sbb dia ajak aku temankan dia g Amcorp Mall sbb nak survey kedai2 kat ctu... dia cadang nak bukak satu stall... samada utk travel agency dia ataupun utk stokis HPA....

semoga semuanya berjalan dgn lancar......insya'allah!