Monday, March 9, 2009

Bermulanya langkah kami di HPA..... Shuhai n Aju (",)

si shuhaidi dgn si dak aju ni kenal HPA dah lama sbonar eh... masa zaman2 tingkatan 4 @ 5 dulu. lebih kurang tahun 1998-1999 camtu kot... masa tu aku ingat lg ada ceramah agama kat pekan parit buntar ( aju skolah kat sek men agama at-tahzib, parit buntar..) sambil2 ceramah tu, ada jugak beberapa booth kecik diorang bukak utk display brg2 HPA ni. aku dgn member aku time tu lak, sambil2 dgr ceramah tuh (dgr ke...?)merayau2 le nengok brg2 kat booth2 tu..(aku pun dah x ingat ape yg aku beli.. bedak utk resdung kot...?sbb masa zaman anak dara sunti tu jerawat ni pengunjung setia aku!)jadi itulah pertama kali aku guna produk nih.. n lepas2 ceramah tu abis, ada pakcik HPA ni g dpn stage n bagi penerangan ringkas tentang HPA nih... itulah kisahnye masa HPA baru mula nak naik...
a
masa cuti skolah plak, aku ikut kawan aku (umi@anyum)g muktamar PAS kt gombak... kat sini lg skali aku jumpe produk2 HPA nih... kaler dia mmg dari dulu warna hijau la. dan setelah diapproach oleh seorang muslimah yang bertudung labuh, aku pun jadi le ahli HPA dgn bayaran RM5 je time tu... tapi x dpt starter kit la...

ok...dan seterusnya aku menjalani kehidupan aku mcm biasa... g skolah, balik dorm, malam g kelas prep smpai abis SPM, keje sementara, masuk UNITI, masuk KISDAR @ KUIS, praktikal, keje swasta sampailah keje gomen nih! sepanjang2 perjalanan tuh, ada jugak la aku dgr pasal HPA, tp agaknya Allah tak bukak lg pintu hati aku ni untuk terus bersama menggunakan dan menyebarkan kegunaan produk ni, sampailah satu hari makcik siti aku bagitau pasal syarikat HPA dan dia kenal ramai org2 kuat HPA ni ( HPA pakai travel agency opis makcik aku masa buat lawatan ke New Zealand)... bukan main beriya makcik siti bercerita pasal HPA nih... respon aku cuma "owhhh...tau dah HPA ni". pepatah 'tak kenal maka tak cinta' tu aku rasa takleh pakai sangat la... sbb dah lebih kurang 10 tahun aku kenal HPA pun, aku buat dek je... apalah aku nih!!
berbuih mulut makcik aku bercerita kat kitorang laki bini, tapi mcm2 alasan aku bagi... '"eleh... kitorang dah jadi ahli pun tahun 1999..."(teruk btol lah aku nih!!!)

2 minggu lepas tu, maksu aku plak call bgtau ada penerangan ringkas ttg produk HPA nih kat umah makcik siti n dia ajak aku n shuhaidi pegi. aku pun apalagi dgn egonya berkata "dah tau sgt dah pasal HPA nih, makcik siti pun dah bgtau, malas ar nak pegi!".. maksu aku tanpa putus asa memujuk n akhirnya memaksa aku pegi jugak dgr crita HPA tuh..(tah apa kena tah nak paksa aku pegi..tensen sungguh!!) aku pun menurut jelahhhh...sbb tak kuasa nak dgr org tua ni bising2!!!

petang ahad tu lepas kelas kat UPM(tak ingat tarikh) paksu n maksu aku amek aku g umah makcik siti. Org yg bg penerangan utk HPA nih ialah PJM Habibah@kak bib... (brg2 HPA di 'display' kan di depan kitorang dan adalah lebih kurang 20 org kat umah tu trmasuk keluarga dan jiran2) aku? mcm biasala endah tak endah je (eksyen btol!).. tp, bila smpai bab kak bib bgtau antara etika kerja pekerja2 HPA ni sbelum masuk bkerja ialah, perlu solat dhuha, baca mathurot, sentiasa berwudhu' (mewajibkan yg sunat) bagi mencari keredhoan dan menjaga keberkatan produk2 nih, hati kecil aku tersentuh... (ya, Allah..dah lama aku tinggalkan amalan2 ni. tp di HPA amalan ni kewajipan... rasa mcm indah sgt....) kalo dah bab pekerja pun Tn. Hj Ismail Ahmad (Big Bos) ni jaga etikanya, tentu sekali bab2 ke'halal'an, ke'suci'an dan kualiti produk2 nya terjamin (btol kata ustaz, utk keberkatan dan kejayaan dalam apa jua yg kita lakukan kita perlu kembali kepada ajaran Islam) tiba2 aku teruja utk mendengar lagi dan lagi ttg keistimewaan produk yg ditawarkan oleh HPA

next, kak bib meneruskan aktiviti mendiagnos penyakit iaitu melihat dan meneliti saraf tapak tangan bagi mengesan penyakit yg dialami... insya'allah dgn cara mendiagnos tapak tangan (tapi kena blajar dulu la kaedahnya) kita boleh mengesan penyakit dan simpton2 awal penyakit.
time tuh, berebut la diorang ni nak suruh k.bib tgk tapak tangan (termasuk aku le!)...

selepas tangan aku di diagnos, maka ketahuilah oleh daku dan suamiku akan masalah2 yg kami alami... dan beberapa masalah tersebut bertepatan dgn apa yg doktor pernah maklumkan bila kitorang g check kt klinik...malahan dgn cara mendiagnos ini kita boleh mengesan tanda2 awal utk sesuatu penyakit lain... (HPA mengadakan kursus utk mereka yg. berminat menjadi herbalis iaitu mengenal pasti masalah penyakit melalui tapak tgn dan anak mata).. k.bib pun senaraikan beberapa jenis ubat utk aku n shuhaidi makan dgn konsisten... tp, tiba2 hati aku berbelah bagi samada nak try ubat HPA atau habiskan ubat 'K' yg. kitorang tgh amek skrg (tp, dah lama jugak try ubat 'K' ) and at last kitorang pun decided utk abiskan ubat 'K' dulu...

seminggu lepas tu, tiba2 makteh aku pulak (bghape byk makcik daa dlm ini cerita!) nak beli brg2 HPA ni kat Cawangan Ampang..mak teh aku nih mmg dah jadi ahli la..dia pun tanye kitorang dah beli belum ubat yg kak bib suruh mkn tuh?kitorang ckp nnt dulu la, sbb budget lari..tapi makteh aku beriya2 nak sponsor kitorang ubat2 tuh...fuiyoooo!! tanpa menoleh kebelakang, aku dgn pantasnya order la barang kat kakak yg jaga kaunter tuh! ( ada sorang kakak @ adik tuh sweet sgt pakai tudung labuh wrna hitam! skrg dah bertukar ke cawangan bangi)....dan malam tu jugak kitorang guna produk ni dgn hati yg masih 50-50...

bila dah separuh ubat tu abis ( skrang dah berbotol2 la), shuhai dah mula rasa kesan yg positif pada diri dia n aku... (dia pulak yg rasa kesan pada diri aku nih!! hehehe... paramaria punya pasal kot?!!). shuhai dah tak letih pas balik keje, pinggang dah tak sakit, byk perubahan. cycle period aku pun dah 28 ari pas guna produk nih, pening kepala aku dah kurang (time ptg je mesti pening..) dan kitorang sedar hubungan kitorang bertambah baik selepas menggunakan produk ini (aminnnnn...!) Produk yang diambil oleh shuhai : Radix, Tuju Angin, Malac, Kopi Radix.
Aju : Set 3D (D'Deu, D'Karm, D'Det), Paramaria, Spirulina, Lady Cheer...

niat nak ke PBC (kursus anjuran HPA) tu mmg ada... tp byk sgt faktor penghalang menyebabkan kitorang nak g lain kali. tapi pakcik aku plak (husband makcik siti) yg suruh pegi jugak.rugi katanya kalo tak pegi sbb brg2 yg kitorang beli dah hampir 300 nilai mata ( selain produk yg berkualiti dan suci, HPA juga menawarkan MLM Syariah bg mereka yg berminat utk menjadi usahawan. dgn 300 nilai mata dan menghadiri kursus, melayakkan kita memperolehi rm90 sebulan setiap bulan dgn syarat maintain hanya 100 nilai mata selepas dpt rm 90 td. kalo tak minat pun takpe, tapi teruskan mengguna barangan HPA nih) oleh itu, kitorang pun pegi jugak la kursus tu walaupun sbenarnya hati ni masih lagi 50-50.... (tak pernah tetap hati aku nih!!! benci!)...

hari pertama kat kursus PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) di D'Palma HOtel Ampang dihadiri hampir 70 orang peserta kalo tak silap aku. di sini kitorang didedahkan dgn produk2 yg mengandungi kandungan yang tidak halal yang berada di pasaran Malaysia. mmg byk...dari dpn umah sampai ke blakang umah ada je produk2 yg tak 'suci' ni yang tanpa sengaja kita gunakan... begitu juga dgn makanan dan minuman... agaknya, kalo di operate bdn aku ni ntah2 dah ada seekor babi yg aku dah 'termakan'... tak mustahil !!(rujuk buku Halal Haram oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang). hinggakan seseorang umat islam itu masih menggunakan bahan yg kandungannya ada lemak babi ketika jenazahnya dimandikan (jgn terperanjat ye...tp aku sendiri tekkezuttt gak!!) iaitu sabun LUX...

banyak ilmu dan maklumat baru aku dapat dlm kursus PBC nih!! apa yang kukira amat penting ialah kesedaran aku sebagai umat islam mengenai apa yang telah aku sumbangkan pada agama Allah.... ? bagaimana tanggungjawab aku membela nasib saudara seislam ku di Palestin... ? apakah cukup dgn hanya mengutuk perbuatan Israel sesama sendiri atau hanya melaungkan slogan Boikot Barangan Israel dan Amerika?... apakah mereka sahaja yang perlu mempertahankan Islam? apakah aku harus menjalani kehidupan seperti biasa tanpa sekelumit rasa tercalar ketika Islam dipijak???!! tidak...!!! aku perlu bertindak!! keluargaku juga perlu bertindak!! sahabat2ku juga perlu bertindak!! seluruh umat Islam juga perlu bertindak!! tapi apakah kita mampu mengangkat senjata melawan yahudi laknatullah itu? tidakk... aku tak mampu... tapi aku mohon kepada Allah agar berikan aku kemampuan dan kekuatan untuk menyekat ekonomi mereka yang membiayai penderitaan umat Islam di Palestin.... bagaimana caranya? melalui HPA inilah aku harus berjuang!!







1 comment:

sHuHai_JuJu said...

kepada pengunjung blog ini yang ada serba sedikit pengalaman dengan HPA, sila lah berkongsi cerita anda.... terima kasih!