Thursday, March 12, 2009

HPA adalah produk alternatif




Herba Penawar
al-Wahida







MENGAPA PILIH HPA ?

1. PENGASAS YANG BERWIBAWA

Diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Ahmad, anak jati kelahiran Perlis , HPA pada ketika itu (1987) dikenali sebagai Perubatan Tradisional Al-Wahida.

Latar belakang Tn Haji Ismail Ahmad:

o Lulusan Sarjana Muda Sains (Botani) Universiti Pertanian Malaysia
o Pernah berkhidmat sebagai pegawai di Lembaga Pertubuhan Peladang
o Mewarisi kepakaran ilmu herba daripada keluarga
o Datuk beliau adalah salah seorang pakar herba terkenal di Perlis

2. MENDOKONG EKONOMI UMAT ISLAM

* 15 Julai 1995 (1 Ramadhan) – HPA Industries Sdn Bhd ditubuhkan.
* 1997 – Al-Wahida Marketing Sdn Bhd ditubuhkan – anak syarikat yang mengendalikan pemasaran produk HPA secara MLMS (syariah).

o Dianggotai oleh beberapa graduan Muslim daripada pelbagai bidang kelulusan seperti lulusan ekonomi, perakaunan, sains komputer, pertanian, pengurusan dan lain-lain.

o 100% para pekerja HPA beragama Islam. Dan para pekerja HPA mestilah seorang muslim yang menjaga solatnya.

o Satu-satunya syarikat MLMS (multi level marketing syariah) milik umat Islam yang sentiasa dipantau oleh panel syariah yg dilantik.

o HPA memiliki kilang dan ladangnya sendiri. penternakan ayam yang dijaga rapi serta terjamin kesihatan dan kebersihan ayam tersebut. ayam organik HPA juga diberi makan Habbatus sauda'.

3. MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN

*Semua produk HPA mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan.
*Lulus 4 jenis ujian yang diwajibkan sebagai syarat untuk mendapat sijil kelulusan iaitu:

  • Ujian Mikrob
  • Ujian Steroid
  • Ujian Logam Berat
  • Ujian Kelarutan

4. AMALAN PENGILANGAN TERBAIK

* Kilang mendapat taraf GMP (Good Manufacturing Practice) atau Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh Biro Farmaseutikal Kebangsaan, kementerian Kesihatan Malaysia.
* Kawalan mutu dan kebersihan yang ketat
* Mutu dan kebersihan produk dijamin

5. PRODUK DAN PERNIAGAAN BERLANDASKAN SYARIAT

* Produk suci, bersih dan berkesan, dibuat oleh tangan orang Islam dalam keadaan berwudhu'.
* Semua pekerja diwajibkan berwuduk sebelum memasuki kilang untuk memulakan kerja.
* Setiap pagi (pukul 10.00 pagi), pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti bacaan al-mathurat dan tazkirah ringkas.
* Pelan pemasaran yang tidak bertentangan dengan syarak (telah disemak oleh panel ulama’) – adil dan tiada perangkap.
* Tidak terlibat dengan riba’ – HPA tidak meminjam wang daripada institusi kewangan.
* Bahan, kapsul dan gel yang digunakan dijamin halal 100% - dikeluarkan oleh Halal Gel Sdn Bhd
* Semua produk HPA mempunyai SIJIL HALAL daripada JAKIM.

* Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.


Marilah bersama-sama kami menjalankan muamalah yang unik serta berlandaskan syariat Islam ini. HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk anda menjadi pengedar HPA bagi menjayakan perniagaan ini dan sudah tentu HPA menawarkan satu pendapatan yang bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yang paling penting adalah barakah.

Kenapa barakah? Pertama, sebagai Muslim sejati, HPA sentiasa memastikan perniagaan yang ditawarkan ini bebas sama sekali dari amalan riba. Kedua, HPA tidak akan bersyubahat dan akan memastikan sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak bertentangan dengan syarak. Seterusnya HPA akan menentukan para pekerja dan pengedar mematuhi etika sebagai Muslim sejati supaya kita semua, InsyaAllah akan mendapat perlindungan dan dimurahkan rezeki dimana juga kita berada.