Tuesday, March 24, 2009

Sejarah PBC



Kursus PBC atau Perkongsian Bijak Cemerlang ini adalah merupakan kesinambungan daripada program PB yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries pada 2 Disember, 2005. Kursus (3 hari 2 malam) ini diadakan adalah hasil dari cetusan rasa hati Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya; Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM seperti CIKGU MURAD, maka Kursus Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditentukan. Hasil dari program PB yang diadakan sepanjang tahun 2006 di seluruh Malaysia, jualan syarikat telah meningkat dengan ketaranya dan bonus pemimpin dan pengedar yang menghadiri dan menghantar peserta jaringan mereka telah melonjak secara drastik.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan; peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan. Masakini, melalui Kursus PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

Antara modul yang akan diberikan adalah :
  • Kenali Syarikat
  • Asas Plan Pemasaran
  • Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
  • Eagle Eyes Sponsoring
  • Plan Tindakan
  • Teknik Demo Gempur Radix
  • Teknik Demo dan Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan


Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengurus Pemasaran HPA sendiri iaitu En Mohammad Faisol b Abd Rahman dan juga dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.