Wednesday, April 1, 2009

Apakah Herbalisme ?

Herbalisma ialah satu kefahaman mengenai herba yang menyatakan "Biarkan makanan menjadi ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu".Ini bermakna makanan berfungsi untuk memelihara kesihatan, mengelakkan penyakit atau mencegah gangguan-gangguan kesihatan. Dalam ertikata lain, herba mendampingi alam tubuh dalam keupayaan mengatasi gangguan-gangguan yang sedang dialami oleh tubuh.
Makanan alamiah yang berasal dari alam semulajadi merupakan resepi-resepi yang telah diformulasikan dan telah lulus ujian selama evolusi berabad-abad lamanya, sejak sejarah manusia bermula. Kita mempunyai keyakinan bahawa herba-herba alam yang tidak beracun melengkapi tubuh dengan bahan yang sesuai keperluannya sama seperti makanan. Hal inilah yang menghasilkan pencegahan mahupun penyembuhan terhadap sesuatu penyakit.

Pengamalan Herba :
Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk:-
1) Kapsul
2) Periuk

1) Kapsul :
Bagi pengguna yang telah sakit bertahun lamanya, penggunaan penggunaan kapsul adalah dicadangkan. Bagi mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.
Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.

2) Periuk:
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-
2.1) Air Rebusan
2.2) Pati Rebusan
2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius.
Aturan guna:-
1-Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik.
2-Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1).
3-Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih. Pastikan melebihi 1 jam.
4-Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau dijemur kering.
5-Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan (pagi, petang dan malam).
6-Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
7- Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
8-Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan rebusan kali kedua.
9-Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air (14 hari).
2.2) Pati Rebusan :
1-Menggunakan 'slow cooker'.
2-Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah 1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang paling rendah selama 4 jam.
3-Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit yang serius seperti kencing manis, kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.

** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas mendapat rundingan HPA.