Sunday, April 26, 2009

lelah yang berpanjangan


Alhamdulillah...syukur kepada Allah sekalian alam yang telah mempermudahkan aku menjalani kehidupan aku yang teramat sibuk kebelakangan ni....

tgahari tadi exam utk semester ni dah tiba ke penghujungnya... assignment yg menjelekkan itu juga telah 6 tugasan pelbagai madah kusiapkan semuanya... bertuahnya badan mempuyai suami yang sedia membantu dan melayani karenah keanak-anakkan ku ini...

anugerah malam media kementerian kesihatan yang meminta aku memberi komitmen sepenuhnya sebagai MC juga telah selamat berlalu... walaupun majlisnya hanya sehari, tetapi tuntutan untuk menyiapkan skrip@teks pengacaraan yang berhari2 betul2 menyesakkan aku. lebih melelahkan dengan raptai penuh dan sampingan yang mengeringkan air liurku... tapi, kerana tugas, kugagahi jua....

walaupun semuanya dah berakhir, tapi perjuangan aku masih belum selesai dan tak akan selesai selagi hayat di kandung badan. semakin dewasa pemikiran aku, semakin banyak urusan dan perkara yang ku fikir menuntut haknya dari ku....

sungguh.....! waktu santai ku tak mungkin akan membebas aku dari sebarang tanggungjawab samada tanggungjawab duniawi mahupun ukhrawi....

biarpun letih....namun sentiasa kupanjatkan permohonan dan harapan kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan segala-gala urusan.... semoga ketabahan menjadi milikku...

aku redho dengan kelelahan ini, ya Allah seandainya aku semakin dekat pada MU.....
aminnnn...

No comments: