Wednesday, April 1, 2009

Melahirkan Herbalis HPA Yang Berilmu

PERNIAGAAN MLM (jualan langsung) bukannya baru. MLM boleh datang dan pergi dengan sebahagiannya hanya 'mengkayakan' pemilik dan individu tertentu di dalam syarikat sebelum menghilangkan diri. Bagaimanapun, HPA Industries Sdn Bhd di dalam memperjuangkan produk herba yang halal dan berkualiti, bukan hanya bersandarkan keuntungan jangka pendek.

Ini dibuktikan apabila HPA menyambut ulang tahun sedekad (10 tahun) penubuhannya tahun ini. Pembukaan satu demi satu kilang, dari Kuala Perlis dan Jejawi (Perlis), Napoh (Kedah), Indonesia dan sebuah lagi yang dalam pembinaan di Pokok Sena Kedah, membuktikan komitmen syarikat untuk terus berjuang merealisasikan wawasan untuk kepentingan ummah itu.

Selain itu, kelebihan HPA ialah ilmu. Kursus terbaru untuk melahirkan graduan herbalis berlangsung selama sebulan dari 22 Januari hingga 15 Febuari 2007 membabitkan 30 peserta dari Indonesia dan juga Malaysia. Program berteraskan herba yang popular kepada masyarakat Melayu dan Islam, la juga memperkenalkan rawatan alternatif seperti bekam yang mana diamalkan Nabi Muhammad SAW, asas kiropratik (rawatan membetulkan tulang belakang) serta kaedah rawatan berkaitan yang lain.

Program juga menambah pengetahuan peserta akan produk keluaran HPA supaya herbalis yang bakal dilahirkan mampu memberi rawatan dan ubat yang bersesuaian dengan simptom yang ditunjuk pesakit. Pengurus AI-Wahida Training, Cik Mariamah Yusof selaku penyelaras program berkata: "Program turut membabitkan ujian khas pada setiap minggu untuk menguji tahap pengetahuan peserta serta mengambil kaedah untuk memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.

"Pada minggu terakhir pula, peserta diberi pendedahan aktiviti luar seperti lawatan ke kilang HPA, program sehari bersama masyarakat, pengetahuan dunia herba di Gunung Jerai sebelum diakhiri dengan majlis penyampaian sijil tamat kursus."

Setelah tamat kursus, katanya, kita pasti dapat melihat Herbalis HPA yang melangkah ke alam perubatan herba dengan penuh keyakinan dan disiplin seperti dilatih. Mereka (herbalis HPA) yang memegang kuat amalan perubatan Melayu dan Islam yang memberi khidmat penuh kemuliaan kepada masyarakat.

"Yuran yang dikenakan amat berpatutan sebanyak RM2,000 termasuk kos penginapan, makan dan minum, pengangkutan serta semua peralatan pembelajaran sepanjang tempoh kursus," katanya.

Antara tajuk menarik yang diajar: Perubatan Jawi, Kajian Penyakit & Herba HPA, Herbalogi, Kajian Perbandingan Pengubatan, Kiropraktik, Bekam, Perubatan Islam, Diagnosis Saraf Tapak Tangan, Akupressure & Refleksologi, Iridologi, Akupuntur, Herba dan Farmakologi Antikanser.